Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan aplikasi semakan ibu bapa untuk menyemak slip peperiksaan anak jagaan mereka
Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online
Untuk membuat semakan keputusan secara online. Ibu Bapa atau penjaga boleh ikuti langkah di bawah1. Sila ke halaman LOGIN untuk anda ke pautan menu utama sistem semakan online. Anda akan dapat melihat sistem SAPS iaitu Login SAPS Ibu Bapa
2. Setelah anda melayari halaman LOGIN dan klik ke pautan yang diberikan, Ibu Bapa atau penjaga murid akan di bawa ke laman web sistem semakan SAPS seperti paparan seperti di bawah
3. Ibu bapa atau penjaga pelajar perlu memasukan beberapa butiran yang diperlukan di ruangan yang disediakan untuk semak keputusan ujian pelajar. Ruangan yang perlu diisi seperti berikut:
No Kad Pengenalan atau Sijil Lahir
Masukan no Kad Pengenalan atau Sijil Lahir pelajar tanpa (tanpa dash “-” atau space)
Pilihan Sekolah
Sila tandakan pilihan sekolah samada sekolah rendah atau menengah
Kod Pengesahan
Masukan kod pengesahan yang diberikan. Isikan kod dengan teliti dan betul
Klik Butang Semak
Apabila anda dah melengkapkan rbutiran yang diminta, sila klik butang semak dan butiran
pelajar/murid akan dipaparkan seperti di bawah ini
Pilih Jenis Peperiksaan
Untuk melihat keputusan peperiksaan, sila pilih jenis peperiksaan pelajar/murid samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya
Klik Papar
Terakhir sekali, sila klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan
Sistem SAPS Ibu bapa ini membantu ibu bapa atau penjaga pelajar memuat turun keputusan peperiksaan anak mereka dengan pantas dan mudah.
Secara tak langsung merancang program pembelajaran anak-nak mereka di rumah dan memantau prestasi anak-anak mereka dalam akademik.
SEMAK SAPS IBUBAPA SEKARANG
No comments:
Post a Comment